Bahaya penyelenggaraan Suntikan_bahan_api

Penyelenggaraan sistem suntikan bahan api adalah berbahaya disebabkan tekanan bahan api yang tinggi. Semasa enjin baru sahaja dimatikan pun tekanan tinggi dalam sistem bahan api masih lagi ada. Tekanan berlebihan ini mesti dilegakan terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa kerja servis suntikan bahan api, terutamanya pada enjin diesel yang menggunakan tekanan cecair bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Tekanan cecair yang tinggi ini boleh menyebabkan kecederaan akibat cecair bertekanan tinggi yang boleh menembusi kulit. Kejadian pertama kes kemalangan dan kecederaan sebegini mula dilaporkan pada tahun 1937 apabila mangsa pertama sedang membaiki sebuah enjin diesel.